Proses Yang Perlu Anda Tahu Untuk Jual Beli Rumah

Proses jual beli hartanah melibatkan beberapa pihak antaranya:

  • Pemilik Hartanah
  • Pembeli
  • Ejen hartanah
  • Pihak Bank
  • Peguam
  • LHDN
  • Pejabat Tanah
Sekiranya anda adalah seorang Pemilik Hartanah atau ingin membeli hartanah, berikut merupakan proses utama yang perlu anda ketahui. Disini saya kongsikan proses jual beli rumah sebagai panduan anda.


1. Pemilik Hartanah (rumah) melantik Peguam dan Ejen Hartanah bertauliah.

2. Pembeli yang berminat akan membayar booking fees (kebiasaan nya 3% daripada harga jualan hartanah) kepada pihak Agensi Hartanah (penting untuk penjual melantik Ejen Hartanah yang berdaftar). Kemudian proses submit loan kepada pihak bank akan dibuat.

3. Sekiranya loan pembeli telah lulus, pembeli akan menandatangani Letter Offer dengan pihak bank dan seterusnya menandatangani S&P/SPA dengan Peguam. Pembeli perlu membayar baki deposit (7% daripada harga jualan hartanah) kepada penjual melalui peguam.

4. Penjual perlu menyelesaikan full amount baki pinjaman terdahulu dengan pihak bank (sekiranya ada), tunggakan lain (cukai pintu/tanah, JMB, etc) melalui peguam.

5. Selepas selesai bayaran full amount kepada pihak bank dan tunggakan-tunggakan yang berkaitan, peguam akan menguruskan pertukaran nama geran daripada nama penjual kepada nama pembeli.

6. Selesai proses pertukaran nama geran, penjual perlu menyerahkan kunci kepada pembeli.


Peringatan!! Sebarang bentuk transaksi kewangan perlu melalui akaun dibawah nama Agensi Hartanah berdaftar atau akaun Firma Guaman berdaftar. Bukan melalui akaun persendirian mana-mana pihak.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam urusan jual beli hartanah anda.

Comments